Pencapaian Brad Cohen

Buku Cohen, Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I Never Had, yang ditulis bersama Lisa Wysocky, diterbitkan pada 2005. Beliau memenangi Independent Publisher Book Award unuk Buku Pendidikan Terbaik untuk tahun tersebut.[19] Menurut Pittsburgh Post-Gazette, buku tersebut bagus untuk dibaca dan membawa untuk merasai hidup sebagai penghidap TS.[6]

Beliau muncul menerusi The Oprah Winfrey Show pada 26 Mei 2006.[20] Beliau juga telah muncul dalam sebuah pengumuman,[21] dan berfungsi sebagai timbalan presiden untuk Persatuan Sindrom Tourette Georgia. Beliau juga merupakan ketua Relay for Life, seorang pelatih Little League , maskot Major League Baseball, dan menerima banyak pengiktirafan dan penghargaan sebagai sukarelawan dan penglibatan masyarakat. [15]